25 Ogos 2009

Satu Ramadhan

Satu Ramadhan tahun ni memang aku ingat sampai mati bila berita yang aku terima pada malam Ramadhan tentang kematian.

Terkejut.Sedih.

Aku tidak berapa kenal dengan arwah nenek ijam tapi berita kematiannya cukup merentap jantung aku untuk sesaat.Dan sebelum itu,aku dan ijam sempat sembang-sembang kosong.Topiknya berbaur kematian juga.Macam tahu-tahu je.

Aku rasa semacam dengan kematian kebelakangan ni.Lagi-lagi,berita yang aku terima kematian seperti email berantai.Sungguh!Samada ada pertalian darah atau tidak,berita kematian tu boleh buat jantung aku mati berfungsi.

Pada itu,aku berdoa.


Biarla Tuhan cabut nyawa aku pada Ramadhan lain ketika aku sudah mendapatkan gelaran puan sekurang-kurangnya.

Waallahualam.

Label: , ,

20 Ogos 2009

Catatan lama

Sekuel dari entri aku yang ini.

Kesan,aku mendapat mesej lama tersimpan dalam recycle bin.Mesejnya berbunyi:

"Aku salah.Dia dah explain semuanya.Aku minta maaf.Dari mana kau belajar buat ayat macamtu :D "

Bila terkenang,aku senyum.Senyum aku bukan ego.Bukan bermakna kemenangan berpihak pada aku.Bukan bermakna cakap aku je yang betul.Apa yg aku buat semuanya betul belaka.Bukan sama sekali.
 
Aku sekadar membalas biasa saja.Tapi,pati sebenarnya disini.
 
Aku ada sahabat. Selalu ada. Sentiasa. Bila aku bersahabat, kawan itu hingga hujung nyawa.Sebab, hanya berapa kerat sahaja yang boleh tahan dengan aku. Yang berapa kerat itu, aku tidak mahu hilangkan dan lenyapkan.Kau salah seorang daripadanya.
 
Pengalaman aku,untuk memaafkan dan memberi kemaafan bukan satu perkara mudah dilakukan serentak.Ibarat seperti kau harus punyai hati yang besar untuk adakan dua perkara itu.Hati besar bukan maksud kau cukup bagus seolah kau tidak pernah tak buat salah seumur hidup kau.Pokoknya,hati kau cukup ruang untuk membahagikan kedua perasaaan itu seimbang dan sama adil Itu yang aku petik dari filem klasik lama.Jadi,aku harap tiada siapa yang quote "hati besar" jadikan sama seperti kepala besar pula :p
 
Dari sudut persepktif lain,ia meninggalkan kesan yg bukan seperti diatas pada individu yang berbeza.

Kesan mungkin sampai putus kawan waima entri tu bukan dia yang punya.Aku biarkan berlalu walaupun bukan itu yang aku inginkan.

Kata-kata ni buat aku rasa sebak seketika.

Walaupun dulu kawan skrg lawan tapi bila teringat zaman seronok bersama hati sayu juga. dalam buruk tetap ada baiknya, saya percaya yang itu. (Hidd)

Label:

7 Ogos 2009

Doa pendek

Malam ni bulan kelihatan rendang.
Terang,bulat dan penuh.
Rahmat.

15 Syaaban berlalu.

Tuhan,
Aku memang tamak bila berdoa.
Bukan satu malah lebih dari satu.
Bukan sekali malah berkali-kali.

Tuhan,
Memang banyak sekali aku minta.
Kalau kau cuma mahu beri satu,
Aku minta kau selalu dengar doaku.

Cukup.

Label: , ,

6 Ogos 2009

Semangat buku

Kejadian berlaku pada minggu sudah.

Berlokasi di sebuah toko buku bertempat di shah alam.Kali terakhir meninggalkan jejak hujung tahun lepas.Seingat aku,kali terakhir buku tahun lepas yg dibeli adalah Lah Tahfzan(jangan Bersedih lagi).Buku tu dah lusuh disebabkan kesekian berapa kali aku baca.Biar berulang kali,asalkan aku boleh sedut masuk setiap kalimat dalam buku tu agar benak dalam hati.

Aku masuk berlenggang.Hanya bawa purse dan barang lain layak sumbat dalam poket je.Mahu cari buku perlukan tenaga kedua-dua belah tangan.Macam-macam buku nak dicapai nanti.Belek berjam-jam pusing berkali-kali tapi sudahnya buku yang dibeli bukan penuh dua tangan pun :D

Terus ke kaunter.Bersiap untuk beratur tapi perasan purse yg dipegang hilang tiba-tiba.

Sudah!Waduh!Tercicir ka?

Patah balik.Sanggup aku tawaf disetiap rak yg disinggah.Selak celah buku-buku tapi takda.Mungkin terletak atas mana-mana buku sebelum aku beralih tempat.Takda.Pusing-pusing lagi tapi takda juga.

"Kalau tak tercicir kat sni,kat mana lagi" monolog lagi.

Sedang menarik nafas dalam-dalam,mata tertancap kat bawah.Saat itu,aku rasa mahu ketuk kepala sendiri laju-laju.

Beg duit betul-betul parking bawah ketiak sendiri.Aku memang tepuk dahi la..:))

Label: