5 Disember 2009

Disebabkan mat piang tu

Apa yang kamu rasa kalau feeling mahu bersuka-ria- bersama sang kekasih terbantut disebakan kerja dihujung minggu,terutamanya bila mendapat panggilan hangit yang bukan dari konti Hot FM.

Ye..itula yang aku rasa sekarang.Menunggu sang kekasihnya dengan penuh kasih sayang.ececece.Tapi,agak sedikit bengang juga la dengan sikap segelintir manusia yang tidak bertanggungjawab menyebabkan kerjanya pula dipalit pada org lain.Dem!

Ok.tarik nafassss...hembussss.Cool tak? :p

Serius,aku bukan dalam mood blogging saat ni.Dalam pale otak nie sejak pagi tadi,aku dah susun satu persatu aktiviti bersama.Tapi tula,disebabkan mat tu semuanya spoil!.Dem lagi!

Arghh!Lagi sekali.
Tarik nafass..hembusssss.Aku dah tak boleh cool lagi!

Label: ,

4 November 2009

Semuanya menjadi kalau dengan kasih sayang

Wah,tajuk yang begitu melankolik  :D

Ini bukan entri jiwang tangkap leleh pasal cinta punya.Jangan risau,teruskan pembacaan kamu sampai ke hujung ya.Idea datang spontan bila hari ni mak bekalkan makanan untuk lunch.Apa yang peliknya?Setakat bawa bekal untuk lunch semua orang pernah buat.Tiada yang luar biasa pun.

Bukan "bekalan" yang aku mahu highlightkan.Tapi air tangan seorang mak.

Walau berapa banyak kedai makan atau makanan yang kita dah rasa,sampai satu tahap kita mahu cari makanan rasa seperti masakan mak kita.Paling tidak pun,ada ketikanya tekak kita rasa kembang mengidam  rasa masakan mak.Dah tak boleh blah terima makanan lain.Mahu yang mak punya juga.Masakan mak tu juga.Ala,bukan macam tu.Bukan yang ini la.Mak buat lain.

Hebat kan penangan tangan seorang ibu ni?

Kata ijam,bila kita buat sesuatu dengan keikhlasan,kesungguhan serta berlapikkan kasih sayang,hasilnya boleh jadi luar biasa.Walaupun benda yang kita buat tidakla besar mana pun ibarat seperti mahu goreng telur.Nampak macam senang,tapi cuba kita goreng dalam keadaan merempan-rempan,boleh jadi telur tu tak jadi bulat dan hangus sebab kita tak ikhlas.Sama jugala dengan ironi air tangan mak.Semuanya jadi automatik sedap lagi-lagi mak yang buat.Kalau tak sedap pun,kita boleh pejam mata cakap sedap belaka.Sebab,kita percaya kasih sayang mak sentiasa ada berlebihan dalam setiap air tangannya.Demi anak-anak.

Percaya atau tidak,kita pun mampu memberi penangan seperti air tangan mak dalam rutin kehidupan seharian.Cuba dulu,nanti kamu tahu.

:)

nota kecil: berlaukkan sambal udang petaii memang syorgaaa.

Label: , ,

25 Ogos 2009

Satu Ramadhan

Satu Ramadhan tahun ni memang aku ingat sampai mati bila berita yang aku terima pada malam Ramadhan tentang kematian.

Terkejut.Sedih.

Aku tidak berapa kenal dengan arwah nenek ijam tapi berita kematiannya cukup merentap jantung aku untuk sesaat.Dan sebelum itu,aku dan ijam sempat sembang-sembang kosong.Topiknya berbaur kematian juga.Macam tahu-tahu je.

Aku rasa semacam dengan kematian kebelakangan ni.Lagi-lagi,berita yang aku terima kematian seperti email berantai.Sungguh!Samada ada pertalian darah atau tidak,berita kematian tu boleh buat jantung aku mati berfungsi.

Pada itu,aku berdoa.


Biarla Tuhan cabut nyawa aku pada Ramadhan lain ketika aku sudah mendapatkan gelaran puan sekurang-kurangnya.

Waallahualam.

Label: , ,

31 Julai 2009

Kerja kawen

Minggu ni agak beda sedikit.

Di samping aktiviti santai dihujung mggu,ada jemputan walimatulurus dari kawan seopis.Kali ke-3 jemputan selepas giliran 2 gades yg sudah bgelar ibu kini.Sekejap sangat masa berlalu kan?Pejam celik buka katup,tup tup dah sampai masa.

Menghadiri majlis perkahwinan rakan taulan memang meriah.Perkara paling best bila dapat bertemu dengan temen-temen lama merangkap sezaman U.Memang happening!

Dan aku pula kalau tiap kali menghadiri majlis sebegini,harus kena sediakan skrip untuk menjawab persoalan yg sama tapi bunyinya lain-lain.

"Majlis kau bila lagi?"kata A
"InsyaAllah,tahun depan,kalau takda aral" balas aku
"Eh,ko btunang tahun lepas kn.Bila nk langsung nie?" beria B bertanya
"Ade rezeki,tahun ni jugak aku jalan" jawab aku acuh tak acuh
"Wei..kau bila lagi nih,kahwin nie kann..."cakap C sambil sengih
"Halla..aku tahu la kau baru kahwin,bai!" bidas aku

Haha.

Senario diatas memang biasa.Ni belum dicampur adukkan dengan soalan sedara mara lagi.Memang zaas la.Orang tua cakap,buatla sederhana mungkin.Memang aku mahukan sederhana dan meriah.Walaupun seperti ukur baju dibadan sendiri,tapi itu semua perlukan masa dan pengaliran wang yg betul-betul kukuh.

Bila kita dah maju setapak dalam perhubungan,itula yang kita dapat.Dugaan.

Aku pun tak sabar nak kawen weh.Betul! =p

Label: , , , ,

16 Julai 2009

Perlukan masa

Orang lelaki kalau dah sibuk,memang sibuk sungguh.

Aku paham tapi otak aku kadang-kadang tak boleh terima alasan ni lalu timbul perasaan kurang enak.Lagi parah,alasan sibuk memang boleh jadi bahan menyebabkan pergaduhan remeh waima alasan tu memang konkrit.

Haih.

Perempuang memang kadang-kala mentel.Aku tak sangkal.Tapi mentel perempuan senang kawtim.Hantarla sms berlapik ayat-ayat cinta,dia akan kembali normal.Paling tidak pun,sengih sendiri.Senang kan?Walau sibuk bagaimana pun,masih ada cara untuk melampirkan perasaan.Itu yang perempuan mahukan.

Dulu,aku cepat sangat tarik muka bila waktu rehat aku si dia on-duty.Paling sentap,sedang keluar si dia terima 2-3 panggilan hangit.Tiba-tiba aku jadi tak boleh faham dengan kerja dia pada hari minggu.Terukkan?Tapi sekarang,ada ape kesah.Kalau betul sebab bekerja,untuk apa ditimbulkan isu itu.Bukan melencong pun.Lagi-lagi,kalau  si dia sedang bekerja keras untuk misi hari besar kamu nanti.

Bercinta sebelum dan selepas bertunang memang ada bedanya.Ini belum dikira soal bercinta lepas kahwin.Tak kira dimana fasa kita berada,cinta itu betul-betul jadi "cinta" bila kamu dan si dia tidak berhenti belajar memahami,memberi dan menerima secara total.

Label: , ,