Semuanya menjadi kalau dengan kasih sayang
Wah,tajuk yang begitu melankolik :D
Ini bukan entri jiwang tangkap leleh pasal cinta punya.Jangan risau,teruskan pembacaan kamu sampai ke hujung ya.Idea datang spontan bila hari ni mak bekalkan makanan untuk lunch.Apa yang peliknya?Setakat bawa bekal untuk lunch semua orang pernah buat.Tiada yang luar biasa pun.
Bukan "bekalan" yang aku mahu highlightkan.Tapi air tangan seorang mak.
Walau berapa banyak kedai makan atau makanan yang kita dah rasa,sampai satu tahap kita mahu cari makanan rasa seperti masakan mak kita.Paling tidak pun,ada ketikanya tekak kita rasa kembang mengidam rasa masakan mak.Dah tak boleh blah terima makanan lain.Mahu yang mak punya juga.Masakan mak tu juga.Ala,bukan macam tu.Bukan yang ini la.Mak buat lain.
Hebat kan penangan tangan seorang ibu ni?
Kata ijam,bila kita buat sesuatu dengan keikhlasan,kesungguhan serta berlapikkan kasih sayang,hasilnya boleh jadi luar biasa.Walaupun benda yang kita buat tidakla besar mana pun ibarat seperti mahu goreng telur.Nampak macam senang,tapi cuba kita goreng dalam keadaan merempan-rempan,boleh jadi telur tu tak jadi bulat dan hangus sebab kita tak ikhlas.Sama jugala dengan ironi air tangan mak.Semuanya jadi automatik sedap lagi-lagi mak yang buat.Kalau tak sedap pun,kita boleh pejam mata cakap sedap belaka.Sebab,kita percaya kasih sayang mak sentiasa ada berlebihan dalam setiap air tangannya.Demi anak-anak.
Percaya atau tidak,kita pun mampu memberi penangan seperti air tangan mak dalam rutin kehidupan seharian.Cuba dulu,nanti kamu tahu.
:)
nota kecil: berlaukkan sambal udang petaii memang syorgaaa.

3 Ulasan:
gulai lomak dan sambal gesek dan pucuk ubi dan... dan... dan... umpphhh!!!
gulai lomakkk?adehh..meleleh air liur den ni.
tggu kak piya jemput dtg rumah makan:D
kekdg aku balik... parents aku beli makanan kat luar... kononnya nak makan besar sefemili..
aku cakap kat mak aku.. 'mak.. mak masak ikan goreng lagi sedap... nanie dah bosan la makanan kat kedai.. tuh kat putrajaya pun boleh dapat..'
hahahaha..
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama