20 Ogos 2009

Catatan lama

Sekuel dari entri aku yang ini.

Kesan,aku mendapat mesej lama tersimpan dalam recycle bin.Mesejnya berbunyi:

"Aku salah.Dia dah explain semuanya.Aku minta maaf.Dari mana kau belajar buat ayat macamtu :D "

Bila terkenang,aku senyum.Senyum aku bukan ego.Bukan bermakna kemenangan berpihak pada aku.Bukan bermakna cakap aku je yang betul.Apa yg aku buat semuanya betul belaka.Bukan sama sekali.
 
Aku sekadar membalas biasa saja.Tapi,pati sebenarnya disini.
 
Aku ada sahabat. Selalu ada. Sentiasa. Bila aku bersahabat, kawan itu hingga hujung nyawa.Sebab, hanya berapa kerat sahaja yang boleh tahan dengan aku. Yang berapa kerat itu, aku tidak mahu hilangkan dan lenyapkan.Kau salah seorang daripadanya.
 
Pengalaman aku,untuk memaafkan dan memberi kemaafan bukan satu perkara mudah dilakukan serentak.Ibarat seperti kau harus punyai hati yang besar untuk adakan dua perkara itu.Hati besar bukan maksud kau cukup bagus seolah kau tidak pernah tak buat salah seumur hidup kau.Pokoknya,hati kau cukup ruang untuk membahagikan kedua perasaaan itu seimbang dan sama adil Itu yang aku petik dari filem klasik lama.Jadi,aku harap tiada siapa yang quote "hati besar" jadikan sama seperti kepala besar pula :p
 
Dari sudut persepktif lain,ia meninggalkan kesan yg bukan seperti diatas pada individu yang berbeza.

Kesan mungkin sampai putus kawan waima entri tu bukan dia yang punya.Aku biarkan berlalu walaupun bukan itu yang aku inginkan.

Kata-kata ni buat aku rasa sebak seketika.

Walaupun dulu kawan skrg lawan tapi bila teringat zaman seronok bersama hati sayu juga. dalam buruk tetap ada baiknya, saya percaya yang itu. (Hidd)

Label:

3 Ulasan:

Blogger littlephia berkata...

kenapa pengalaman kita sama? :'(

kak phia pun "terpaksa biarkan ia berlalu walaupun bukan itu yang diinginkan" tapi takkan sekali hilang dlm ingatan.

*hug* boleh? :P

20 Ogos 2009 4:05 PTG  
Blogger Me WaNiNa berkata...

aku x paham la~~
blur

24 Ogos 2009 10:54 PG  
Blogger chentaholic berkata...

Awat bahasa kamu begitu puitis bak mengalahkan Usman Awang. Sadisnya, saya bkn graduan literature. Fenin sudah kala ini...

24 Ogos 2009 4:53 PTG  

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama