2 Julai 2009

Entri Mencarut

Telinga aku bernanah.

Kebelakangan ni,aku selalu dengar ayat-ayat cinta carutan.Eh.silap.Dah selalu sangat,tapi cuma kali ni agak terlampau bunyi carutan kamu untuk aku klasifikasikan sebagai pendengaran umum dan praktikal mengikut kondisi dan keadaan sesuatu tempat.


Aku bukan bagus.Sumpah aku juga kadang-kala mencarut seperti orang biasa bila aku rasa bangang dan bengang.Tapi seingat dan setahu aku,aku tidak tegar mencarut bahasa kesat.Sila ingatkan aku,kalau ada ye.Tapi kamu,lain beb.Bila si polan A cakap pasal sipolan B,kamu pulak yang beria tumpang semulut mencarut seolah kamu yang mengapi-apikan tentang perihal tuh waima bukan kamu yang dicarutkan.

Wah..menyala-nyala betul.
 Gambar bukan contoh
Maaf.Aku bukan nak mencarut tapi aku perlu membetulkan pemahaman bila aku rasa umur kamu sudah melepasi tahap "lebih makan garam" untuk berfikiran lebih rasional dan melempiaskan hormon yang tiap2 bulan mesti terlebih atau terkurang.Ya,aku paham tuh.Tapi..perlu ke kamu mencarut secara terbuka dengan gahnya??

Agak-agakla weh!

Serius,aku jelek bila acapkali carutan kamu singgah dihalwa pendengaran.Aku takut buku kecik 555 aku dengan Tuhan banyak kumpul dosa kuasa dua dari pahala.Lagi takut bila aku selalu dengar,terikut lalu membiasakan lidah aku basah dengan carutan.Lagipun,salah satu proses pembelajaran bermula dari pendengaran, bukan?

Ok.Enuf.Aku berhenti.

Terima kasih Ya Allah dengan pembelajaran hari ni.Sekurangnya,aku rasa dan sedar bahawa carutan itu sememangnya bukan baik.Baik dari segi mencarut atau dicarutkan.Tapi sakit lebih pada orang yg dicarutkan.Pertama,sakit hati bila dapat tahu diri dicarutkan.Kedua,sakit telinga woo bila org tiada kaitan dengan carutan kamu.Samala dengan org yand selalu "menampar" tak rasa sakit bila ditampar.Sesakali kena ditampar dan dicarutkan,kesa ke?

Kamu mahu "mencarut" selepas membaca entri nie?Silala letak sebarang dua.=p

Label: , ,

7 Ulasan:

Blogger -yani- berkata...

tulah tu
tibe2 je ade C pulak tumpang mencarut
tak alih2 jek..

2 Julai 2009 11:55 PG  
Blogger chentaholic berkata...

uit, kamu dah maju setapak dalam arena mencaci maki. saya kagum.
tabiat buruk.
adakah ini peranguh rakan sebaya atau pengaruh media masa?

2 Julai 2009 12:38 PTG  
Blogger Potlandlord berkata...

haha..

lagi berapi2 la sesi mencarut.

2 Julai 2009 1:19 PTG  
Blogger Potlandlord berkata...

sara>>pengaruh carutan terlampau.haha!gue ngantuk seh!

2 Julai 2009 1:22 PTG  
Blogger chentaholic berkata...

ngantuk?

hemm, mata saya maintain jek tak rasa ngantuk...
isk..isk..saya semakin risau. mlm td saya tido kul 5 pagi lagi.

2 Julai 2009 3:16 PTG  
Blogger susudalambotol berkata...

kak hid pun tak suka dgr orang yang mencarut bahasa2 kesat ni. yes, kak hidd ada mencarut tp bukan p***m** kau ke, ape ke. haih. itu terlalu teruk kan?

3 Julai 2009 8:13 PG  
Blogger Potlandlord berkata...

kak hidd

Yela.dengar org mencarut nih mmmg bingit telinga.hahaha!time tuh baru sedar,buruknya pangai mcarut2 nih.

3 Julai 2009 10:08 PG  

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama