6 Oktober 2009

Jangan,pesan Luqman.

Sana sini masih cerita raya.

Cukup dengan membaca cerita kalian,mampu buat aku tersenyum.Dalam ceria,ada sebaknya juga.Aku juga sama.Faham bagaimana beraya tanpa orang tersayang disisi dan pada masa yang sama masih berkesempatan meraikan 1 Syawal bersama keluarga yang masih ada.Itu lebih bermakna.Alhamdullilah.

Selebihnya,aku ada cerita yang mahu dikongsikan walaupun lambat.Kisah benar :)

Kesempatan mengambil kepulangan adik dari KL sebelum 3 hari menjelang raya memang memenatkan jiwa.Jalan tak sesak tapi kereta banyak berasak-asak buat aku sesak dengan peristiwa seorang makcik.Hanya semata kerana dia berebut masuk lorong orang lain!

Pantang aku kalau orang terjah masuk lorong tunai tanpa adab.Hormatla orang yang dah lama q untuk smpi ke depan.Barisan belakang punya belakang masih panjang,tapi makcik ni mahu mecelah masuk dalam banyak.Aku dijadikan sasaran.Semakin himpit semakin sempit.

Orang belakang dah bunyikan hon bertalu-talu.Aku masih bertahan.Tapi,adik aku tidak.Lelaki,biasala.Jalan raya, jalan kegunaan bersama jadi biar la aku beralah walaupun bengang.Kesian,orang tua lagipun.

Sebagai balasan,ini aku dapat.

"Kau ingat ni jalan BAPAK kau ke?" jerkah makcik tu sambil memecut masuk laluan yg aku dulukan.

Sepantas kilat.Aku geleng kepala dan si adik terkedu dengan makian tadi.BLUR.Aku yg bagi jalan tapi kau balas balik dengan kata kesat?Wah..hebat!Sesudah melepasi tol dan meneruskan perjalanan,aku bertembung dengan makcik tu lagi.Nak tahu apa yang jadi dengan makcik tu?Mpv dia yang gah tu sudah berada ditepi jalan .Tak pasti bagaimana berlaku.Cuma kelihatan bahagian depan tepi kanan mpv remuk..Bersama makcik tu,ada lelaki lain bersama wira.Mungkin itu puncanya.Kemalangan.

Sekelip mata,kan?

Berdepan dengan kesemua pengguna jalan raya dengan 1001 macam perangai memang biasa dimana-mana. Maki orang,bodohkan orang ,tempelak orang itu dah jadi makanan di jalan raya.Aku pun tak terkecuali.Bila  penat,bila mahu cepat,bila emosi mempengaruhi pemanduan,semua benda jadi tak kena.Masa itu,perkataan tidak baik jadi kawan baik.Cuma,kadang-kadang kita lupa apa yang kita sebut tu mungkin sedikit sebanyak dipulangkan balik.Sama ada sedar atau tidak.Cepat atau lambat.

Rentetan peristiwa makcik itu,semakin aku percaya dengan ini.Hukum KARMA.Tak payah tunggu hari pembalasan sebenar,kat dunia ni DIA dah siap-siap sediakan.Bayar CASH!!!

Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.(Luqman,Ayat 17)

8 Ulasan:

Blogger tembun berkata...

Ya Salam........
Kan...Betul kan
Tuhan tu Maha Segalanya

Makcik Tu balasan
Awak dapat pahala sebaba sabar
Tahniah awak!

Pasni IF ada org wat benda yg sama kat sy
Saya akan sentiasa igt kisah ni

:*

6 Oktober 2009 2:21 PTG  
Blogger d'sandalwood berkata...

banyak kereta banyak cerita

hu hu


notot (ha ha comel!)

6 Oktober 2009 4:36 PTG  
Blogger littlephia berkata...

slalu jugak kena cantas macam tu...

geram. kan?

6 Oktober 2009 6:24 PTG  
Blogger is-nanie berkata...

Tak reti nak berterima kaseh sbb orang dah bg laluan utk dia...
kan dah kene...

huhu..

7 Oktober 2009 12:01 PTG  
Blogger is-nanie berkata...

baru perasan tajuk...

"Jangan pesan Luqman"???

or "Jangan lupa pesanan Luqman"????

8 Oktober 2009 8:13 PG  
Anonymous fie berkata...

dewi:sekadar peringatan du sendiri juga.kdg2,ada juga terlepas 1-2 perkataan :D

d'sandal:banyak orang banyak ragam juga.

kak piya:geram dan bengang bcampur aduk

is:patutnya aku letak.jangan,pesan luqman :)

8 Oktober 2009 9:49 PG  
Blogger susudalambotol berkata...

suka nama Luqman tapi dah ada kawan nama tu :(

8 Oktober 2009 11:54 PG  
Anonymous fie berkata...

kak hidd:haah.nama tu ibarat pisang gorengKebanyakan org namaLuqman,bijak2 belaka.

9 Oktober 2009 2:26 PG  

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama