30 Oktober 2009

Redhakan dugaanNya (2)

Sungguh!

Jikalau ALLAH S.W.T laksana manusia yang pendendam, pastilah semua kekhusyukan, airmata, doa dan tilawah sudah lebih dulu tertolak sebelum kita sempat melaksanakannya..Hanya sifat Rahman dan Rahim-Nya yang kekal membuatkan kita masih terus-terusan mengangkat kedua tangan untuk berdoa dan hanya kerana sifat Ghafar dan Ghafuur-Nya yang membuat ALLAH S.W.T memperkenankan doa menghapus semua kekhilafan kecil kita..

Astaghfirullahazim..
Ya Rabb, ampuni hamba-Mu yang lemah ini..

Syukur atas segala yang Engkau Permudahkan.

Label: ,

Redhakan dugaanNya

Kadang-kadang terasa diri ini begitu kurang ajar.

Ketika keperluan hidup begitu menggebu, ketika masalah seakan mengeledak di ruang fikiran, barulah kita mengambil air wudhu dan menegakkan solat dua rakaat dengan penuh kekhusyukkan.

Ketika tangis kepedihan belum dapat kita hentikan, ketika rasa takut dan cemas bercampur aduk mengeruhkan hati,barulah Al-Qur'an kita senandungkan dan rangkaian doa tak putus kita panjatkan..

Astaghfirullahaazim...

Ya Rabb.. Nikmat mana lagi yang aku dustakan?

Label: ,

9 Oktober 2009

Bukan Keliwon

Jarum pendek menunjukkan pukul 2.
Aku sorang.
Lepak ruang tamu dengan mata masih belum mahu lelap.
Dan ada baki kerja yang tertunggak.
Cuba siapkan separuh,untuk dapatkan feel mengantuk kononnya.

Separuh siap.
Tiba-tiba,ada bunyi datang dari arah dapur.
Seolah macam ada orang kat dapur.
Kalau kita masuk dapur,apa yg selalu kita buat?
Itula bunyi yang aku dengar.
Saat tu rasa mahu jengah ke dapur.
Tapi,tak berani.

Tak jadi stay lama-lama.
Terus berkemas naik atas.
Dalam tak berani,berdegil juga nak tengok apa yg kat dapur.
Untuk pastikan line clear.
Mata tertancap pada pintu fridge yg terbuka sedikit.
Saat tu,rasa bulu roma berdiri tegak.

*Telan air liur*

Tutup pintu fridge tu dan jalan keluar pelan-pelan.
Sampai tangga,terus larrriiiiii...... laju-laju naik atas.

Ini betul-betul,bukan cobaan!

Label: ,

6 Oktober 2009

Jangan,pesan Luqman.

Sana sini masih cerita raya.

Cukup dengan membaca cerita kalian,mampu buat aku tersenyum.Dalam ceria,ada sebaknya juga.Aku juga sama.Faham bagaimana beraya tanpa orang tersayang disisi dan pada masa yang sama masih berkesempatan meraikan 1 Syawal bersama keluarga yang masih ada.Itu lebih bermakna.Alhamdullilah.

Selebihnya,aku ada cerita yang mahu dikongsikan walaupun lambat.Kisah benar :)

Kesempatan mengambil kepulangan adik dari KL sebelum 3 hari menjelang raya memang memenatkan jiwa.Jalan tak sesak tapi kereta banyak berasak-asak buat aku sesak dengan peristiwa seorang makcik.Hanya semata kerana dia berebut masuk lorong orang lain!

Pantang aku kalau orang terjah masuk lorong tunai tanpa adab.Hormatla orang yang dah lama q untuk smpi ke depan.Barisan belakang punya belakang masih panjang,tapi makcik ni mahu mecelah masuk dalam banyak.Aku dijadikan sasaran.Semakin himpit semakin sempit.

Orang belakang dah bunyikan hon bertalu-talu.Aku masih bertahan.Tapi,adik aku tidak.Lelaki,biasala.Jalan raya, jalan kegunaan bersama jadi biar la aku beralah walaupun bengang.Kesian,orang tua lagipun.

Sebagai balasan,ini aku dapat.

"Kau ingat ni jalan BAPAK kau ke?" jerkah makcik tu sambil memecut masuk laluan yg aku dulukan.

Sepantas kilat.Aku geleng kepala dan si adik terkedu dengan makian tadi.BLUR.Aku yg bagi jalan tapi kau balas balik dengan kata kesat?Wah..hebat!Sesudah melepasi tol dan meneruskan perjalanan,aku bertembung dengan makcik tu lagi.Nak tahu apa yang jadi dengan makcik tu?Mpv dia yang gah tu sudah berada ditepi jalan .Tak pasti bagaimana berlaku.Cuma kelihatan bahagian depan tepi kanan mpv remuk..Bersama makcik tu,ada lelaki lain bersama wira.Mungkin itu puncanya.Kemalangan.

Sekelip mata,kan?

Berdepan dengan kesemua pengguna jalan raya dengan 1001 macam perangai memang biasa dimana-mana. Maki orang,bodohkan orang ,tempelak orang itu dah jadi makanan di jalan raya.Aku pun tak terkecuali.Bila  penat,bila mahu cepat,bila emosi mempengaruhi pemanduan,semua benda jadi tak kena.Masa itu,perkataan tidak baik jadi kawan baik.Cuma,kadang-kadang kita lupa apa yang kita sebut tu mungkin sedikit sebanyak dipulangkan balik.Sama ada sedar atau tidak.Cepat atau lambat.

Rentetan peristiwa makcik itu,semakin aku percaya dengan ini.Hukum KARMA.Tak payah tunggu hari pembalasan sebenar,kat dunia ni DIA dah siap-siap sediakan.Bayar CASH!!!

Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.(Luqman,Ayat 17)