31 Julai 2009

Kerja kawen

Minggu ni agak beda sedikit.

Di samping aktiviti santai dihujung mggu,ada jemputan walimatulurus dari kawan seopis.Kali ke-3 jemputan selepas giliran 2 gades yg sudah bgelar ibu kini.Sekejap sangat masa berlalu kan?Pejam celik buka katup,tup tup dah sampai masa.

Menghadiri majlis perkahwinan rakan taulan memang meriah.Perkara paling best bila dapat bertemu dengan temen-temen lama merangkap sezaman U.Memang happening!

Dan aku pula kalau tiap kali menghadiri majlis sebegini,harus kena sediakan skrip untuk menjawab persoalan yg sama tapi bunyinya lain-lain.

"Majlis kau bila lagi?"kata A
"InsyaAllah,tahun depan,kalau takda aral" balas aku
"Eh,ko btunang tahun lepas kn.Bila nk langsung nie?" beria B bertanya
"Ade rezeki,tahun ni jugak aku jalan" jawab aku acuh tak acuh
"Wei..kau bila lagi nih,kahwin nie kann..."cakap C sambil sengih
"Halla..aku tahu la kau baru kahwin,bai!" bidas aku

Haha.

Senario diatas memang biasa.Ni belum dicampur adukkan dengan soalan sedara mara lagi.Memang zaas la.Orang tua cakap,buatla sederhana mungkin.Memang aku mahukan sederhana dan meriah.Walaupun seperti ukur baju dibadan sendiri,tapi itu semua perlukan masa dan pengaliran wang yg betul-betul kukuh.

Bila kita dah maju setapak dalam perhubungan,itula yang kita dapat.Dugaan.

Aku pun tak sabar nak kawen weh.Betul! =p

Label: , , , ,

23 Julai 2009

Hidup mesti kentang

Manusia memang ada macam-macam jenis.
Sebab tu hidup ni macam-macam ada.
Variasi.

Kiri kau..sebegini.
Kanan kau.. sebegitu.
Kiri kau..kejahatan
Kanan kau..kebaikan.
Kau berada di tengah antara dua.
Pilih saja yang mana satu.

Pemerhatian aku.

Untuk hidup
Boleh mencuba tapi JANGAN TERLALU.
Kelak kau akan penat.
Boleh berusaha tapi jangan terlalu.
Kelak kau akan mengeluh.
Boleh mengharap tapi jangan terlalu.
kelak kau akan kecewa menonggeng.
Boleh kau beriya-iya tapi jangan terlalu.
Kelak orang bilang kau yo yo je.

Sedap dengar tapi tak sedap untuk lakukan.
Pasti!

Atas sebab itu,
Tuhan suruh kau beserderhana atas semua urusan.
Atas sebab itu,
Tuhan mahu umatnya berdoa.

Berdoa berdoa berdoa.
Kemudian berusaha kaw-kaw.

Kadang-kadang aku terlupa.
Sebab itu ini ada.

:)

Label: , ,

16 Julai 2009

Perlukan masa

Orang lelaki kalau dah sibuk,memang sibuk sungguh.

Aku paham tapi otak aku kadang-kadang tak boleh terima alasan ni lalu timbul perasaan kurang enak.Lagi parah,alasan sibuk memang boleh jadi bahan menyebabkan pergaduhan remeh waima alasan tu memang konkrit.

Haih.

Perempuang memang kadang-kala mentel.Aku tak sangkal.Tapi mentel perempuan senang kawtim.Hantarla sms berlapik ayat-ayat cinta,dia akan kembali normal.Paling tidak pun,sengih sendiri.Senang kan?Walau sibuk bagaimana pun,masih ada cara untuk melampirkan perasaan.Itu yang perempuan mahukan.

Dulu,aku cepat sangat tarik muka bila waktu rehat aku si dia on-duty.Paling sentap,sedang keluar si dia terima 2-3 panggilan hangit.Tiba-tiba aku jadi tak boleh faham dengan kerja dia pada hari minggu.Terukkan?Tapi sekarang,ada ape kesah.Kalau betul sebab bekerja,untuk apa ditimbulkan isu itu.Bukan melencong pun.Lagi-lagi,kalau  si dia sedang bekerja keras untuk misi hari besar kamu nanti.

Bercinta sebelum dan selepas bertunang memang ada bedanya.Ini belum dikira soal bercinta lepas kahwin.Tak kira dimana fasa kita berada,cinta itu betul-betul jadi "cinta" bila kamu dan si dia tidak berhenti belajar memahami,memberi dan menerima secara total.

Label: , ,

14 Julai 2009

Aku juga akan pulang..

Semalam besday Along.

Aku tidak simpan no hp Along ataupun alamat facebook.Jadi,aku kirim doa pada Tuhan beserta sedoa Yaasin,boleh?

Kadang-kadang aku lupa aku ada seorang abang.Peredaran masa begitu cepat buat aku lupa insiden keramat 7 tahun lepas.Aku da simpan memori tue kemas dalam ruang ingatan tapi hari ni hari tanda ingatan untuk Along.Camna eh keadaan rupa Along skang kalau dia masih ada?Mungkin sama seacuan kot dengan adik bongsu.

Kehadapan Along,
Kitaorg sini suma sihat saja.Nda dah ade kehidupan baru.Dia dah selamat jadi isteri kepada kawan Along.Agak-agaknya,kalau Along ade mesti dia tak berani nk ngorat depan2 kan?Haha.Mak alhamdullilah,sihat.Adik2 lain pun biasa ja.Ok,aku tipu.Budak2 tengah nak naik susah nak dengar cakap.Pejam celik dah 7 tahun Along pergi dan takkan pulang kembali.Banyak benda berlaku untuk tempoh itu.

Maaf kalau kadang2 kami terlupa nk hantar sebarang satu doa untuk Along.Bukan sengaja,tapi leka kami yang bersifat duniawi sentiasa terlupa dilupakan dan melupakan.Tapi,aku tak boleh lupakan long cemana pun sebab kita berkongsii pangkal nama yang sama kan?Hanya kita berdua.Nama tu esok-sok aku bawa sampaiiiii mati :)

Mungkin atau tidak,Along tahu kehidupan kami sekeluarga kan?Ayah dah ade kehidupan dia sendiri.Mungkin bahagia.Mungkin tidak.Kami masih tinggal di rumah lama.Rasa sayang nk tinggalkan rumah tue atau pindah jauh dari situ.Kami risau alasan jarak jauh jadi penghalang kami nak singgah lalu tempat Along.jadi,biarkan kami disitu saja.

Mak tak putus-putus doa untuk ko.Itu aku pasti.Tiap kali mak buka cerita apa-apa  tentang ko,penghujungnya mesti akan hujan.Paling tidak pun, seraut wajah yang  kadang-kadang aku pun  sukar nak tafsirkan.Gitar kapuk ko dah tak pasti dah kemana sekarang.Tapi,baju sekolah yang ko dan kawan2 conteng pada hari terakhir persekolahan 7 tahun lepas tuh masih ada!Peh..aku boleh simpan buat koleksi barang lama untuk kenangan.

Kata terakhir,semoga ko juga bertabah  menghadapi alam disana.Pasti,kami semua akan menyusul selepas kamu..Tunggu kami tau!
 
Pis!!

Label:

13 Julai 2009

Lemm...

Sangat pagi sampai opis hari nih.Semangat.

On pc-bersihkn meja-turun tangga-masuk pantry-buat air-naik tangga-check email-baca paper-blogwalking-menguap sekali-buka apps-start server-check task-masuk/kuar toilet-update task-server down kendian,up balik-menguap dua kali-on winamp-start testing-menguap dua kali-tengok jam-menguap lagi-tunggu waktu lunch.....

Beginila isnin pada aku..

Kenapa masih mengantuk di pagi isnin walaupun kitaran tidur kelihatan sempurna malam tadi??

Label: , ,

8 Julai 2009

Makan dalam

Carta emosi menurun beberapa hari yang lalu.

Kesan salah paham daripada orang yg pada pandangan aku terlalu mahukan kesempurnaan.Mahukan sempurna dalam semua perkara.Mahukan kelihatan bagus dalam perbuatan.Mahukan perincian dalam setiap penjelasan.Akibat dari perselisihan faham yg aku sendiri tidak tahu asal usul puncanya,aku mengalah.Aku diam.Diam bukan sebab aku loser,tapi mengalah sebab aku malas nk berbolak balik pada perkara yg aku tak pasti.Perkara terjadi memang diluar pengetahuan aku,jadi apa masalah kalau jawapan aku memang begitu,"Tak pasti" dan "Tak tahu".

Aku tak pasti sebab aku tak nak syok sendiri mengata itu ini dan tidak tahu aku bukan dikira tidak mengambil tahu langsung.Kamu jelas,bukan??

Ok,Tuhan sedang menguji.

Aku balik umah mak.Ini ubat yang paling bkesan bila aku drundung emosi begini.Terapi aku adalah air tangan mak.Jarang aku berkongsi cerita masalah duka tapi mak tahu.Anak mana yang dapat menyembunyikan air muka dari pengetahuan maknya.Naluri keibuan seorang emak mampu rasa sampai ke dalam tulang putih.

 Kata manis dari puan susu:
Walaupun kadang-kadang kita rasa ada orang tak suka kita, benci kita, mengutuk kita, doa yang buruk-buruk pasal kita, cakap bukan-bukan pasal kita, berkira dengan kita, lupakan kita TAPI kita kena ingat masih ada orang lain yang ambil tahu dan sayangkan kita selain dari golongan-golongan yang disebut. Apa yang jadi dalam hidup kita sebenarnya adalah kekuatan untuk kita tempuh hidup akan datang :)


Sokong,yg arif!Ya,aku masih ada insan-insan yang mampu buat aku senyum kembali.Aku ade mak,adik-adik yg berbagai ragam,gege yg sentiasa dengan aksi terlampaunya,amir yg selalu simpan curi remote tv dan yang paling tunjang utama, aku ade ijam yang selalu dgn aku susah senang.Bukan kah mereka lebih bermakna dari mereka yang kelihatan seperti diatas.

"Nikmat ape yang aku kufurkan lagi?"

Aku juga ade kawan-kawan yang bisa ada disitu.Pada aku,gelaran kawan baik belum tentu terjaminnya hubungan persahabatan tapi lebih baik berusaha menjadi kawan terbaik kerana disitu kita belajar perihal memberi dan menerima.Disitu,kita belajar erti kawan dan lawan :)

p/s:Terjawab sudah persoalan kamu.Mungkin kamu kini sedang cuba untuk menutup ke"malu"an mu dengan kesempurnaan itu.Biarkan..

Label: , ,

6 Julai 2009

Ali bukan bisu

Aku kebetulan jumpe Ali Baba ni ketika blogwalking.
Penat dia membebel sorang-sorang tapi aku tak dengar pun sepatah perkataan dia.
Mungkin sound pc aku di you tube nie bengong sementara.Aku tak set mute ok.
Winamp aku tiada masalah.



Mungkin korang boleh layan mamat arab ni sekejap sementara aku mencari punca kebisuan my-tube.

Ko cakap ape?Aku tak boleh dengar dohh :p

2 Julai 2009

Entri Mencarut

Telinga aku bernanah.

Kebelakangan ni,aku selalu dengar ayat-ayat cinta carutan.Eh.silap.Dah selalu sangat,tapi cuma kali ni agak terlampau bunyi carutan kamu untuk aku klasifikasikan sebagai pendengaran umum dan praktikal mengikut kondisi dan keadaan sesuatu tempat.


Aku bukan bagus.Sumpah aku juga kadang-kala mencarut seperti orang biasa bila aku rasa bangang dan bengang.Tapi seingat dan setahu aku,aku tidak tegar mencarut bahasa kesat.Sila ingatkan aku,kalau ada ye.Tapi kamu,lain beb.Bila si polan A cakap pasal sipolan B,kamu pulak yang beria tumpang semulut mencarut seolah kamu yang mengapi-apikan tentang perihal tuh waima bukan kamu yang dicarutkan.

Wah..menyala-nyala betul.
 Gambar bukan contoh
Maaf.Aku bukan nak mencarut tapi aku perlu membetulkan pemahaman bila aku rasa umur kamu sudah melepasi tahap "lebih makan garam" untuk berfikiran lebih rasional dan melempiaskan hormon yang tiap2 bulan mesti terlebih atau terkurang.Ya,aku paham tuh.Tapi..perlu ke kamu mencarut secara terbuka dengan gahnya??

Agak-agakla weh!

Serius,aku jelek bila acapkali carutan kamu singgah dihalwa pendengaran.Aku takut buku kecik 555 aku dengan Tuhan banyak kumpul dosa kuasa dua dari pahala.Lagi takut bila aku selalu dengar,terikut lalu membiasakan lidah aku basah dengan carutan.Lagipun,salah satu proses pembelajaran bermula dari pendengaran, bukan?

Ok.Enuf.Aku berhenti.

Terima kasih Ya Allah dengan pembelajaran hari ni.Sekurangnya,aku rasa dan sedar bahawa carutan itu sememangnya bukan baik.Baik dari segi mencarut atau dicarutkan.Tapi sakit lebih pada orang yg dicarutkan.Pertama,sakit hati bila dapat tahu diri dicarutkan.Kedua,sakit telinga woo bila org tiada kaitan dengan carutan kamu.Samala dengan org yand selalu "menampar" tak rasa sakit bila ditampar.Sesakali kena ditampar dan dicarutkan,kesa ke?

Kamu mahu "mencarut" selepas membaca entri nie?Silala letak sebarang dua.=p

Label: , ,