14 Julai 2009

Aku juga akan pulang..

Semalam besday Along.

Aku tidak simpan no hp Along ataupun alamat facebook.Jadi,aku kirim doa pada Tuhan beserta sedoa Yaasin,boleh?

Kadang-kadang aku lupa aku ada seorang abang.Peredaran masa begitu cepat buat aku lupa insiden keramat 7 tahun lepas.Aku da simpan memori tue kemas dalam ruang ingatan tapi hari ni hari tanda ingatan untuk Along.Camna eh keadaan rupa Along skang kalau dia masih ada?Mungkin sama seacuan kot dengan adik bongsu.

Kehadapan Along,
Kitaorg sini suma sihat saja.Nda dah ade kehidupan baru.Dia dah selamat jadi isteri kepada kawan Along.Agak-agaknya,kalau Along ade mesti dia tak berani nk ngorat depan2 kan?Haha.Mak alhamdullilah,sihat.Adik2 lain pun biasa ja.Ok,aku tipu.Budak2 tengah nak naik susah nak dengar cakap.Pejam celik dah 7 tahun Along pergi dan takkan pulang kembali.Banyak benda berlaku untuk tempoh itu.

Maaf kalau kadang2 kami terlupa nk hantar sebarang satu doa untuk Along.Bukan sengaja,tapi leka kami yang bersifat duniawi sentiasa terlupa dilupakan dan melupakan.Tapi,aku tak boleh lupakan long cemana pun sebab kita berkongsii pangkal nama yang sama kan?Hanya kita berdua.Nama tu esok-sok aku bawa sampaiiiii mati :)

Mungkin atau tidak,Along tahu kehidupan kami sekeluarga kan?Ayah dah ade kehidupan dia sendiri.Mungkin bahagia.Mungkin tidak.Kami masih tinggal di rumah lama.Rasa sayang nk tinggalkan rumah tue atau pindah jauh dari situ.Kami risau alasan jarak jauh jadi penghalang kami nak singgah lalu tempat Along.jadi,biarkan kami disitu saja.

Mak tak putus-putus doa untuk ko.Itu aku pasti.Tiap kali mak buka cerita apa-apa  tentang ko,penghujungnya mesti akan hujan.Paling tidak pun, seraut wajah yang  kadang-kadang aku pun  sukar nak tafsirkan.Gitar kapuk ko dah tak pasti dah kemana sekarang.Tapi,baju sekolah yang ko dan kawan2 conteng pada hari terakhir persekolahan 7 tahun lepas tuh masih ada!Peh..aku boleh simpan buat koleksi barang lama untuk kenangan.

Kata terakhir,semoga ko juga bertabah  menghadapi alam disana.Pasti,kami semua akan menyusul selepas kamu..Tunggu kami tau!
 
Pis!!

Label:

11 Ulasan:

Blogger lamkafasayhah berkata...

sedih membaca kisah nie...moga Roh along kamu di tempatkan bersama orang2 beriman...amin

14 Julai 2009 pada 7:59 PTG  
Blogger HasanahNordin berkata...

bergenang air mata baca surat kamu...

moga roh beliau tenang disana....

15 Julai 2009 pada 8:49 PG  
Blogger Potlandlord berkata...

Lamka:Aminn..Terima kasih kamu.Sumpah aku pingin nak jumpe dia.

has:aku pun beremosi bila tulis entri nih.Sedar2 air mata aku juga bgenang bila habis ayat terakhir.

15 Julai 2009 pada 10:34 PG  
Blogger susudalambotol berkata...

penulis sungguh emosi. kehidupan agak rumit ya?

15 Julai 2009 pada 11:21 PG  
Blogger Potlandlord berkata...

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

15 Julai 2009 pada 7:10 PTG  
Blogger Potlandlord berkata...

Tidakla rumit mana kak :)
Cuma mengambil alih tempat nakhoda yang tinggalkan anak dan kapalnya sebelum selamat berlabuh.

Hidup sapa yang tidak ada pasang surut :)

15 Julai 2009 pada 7:13 PTG  
Blogger the bongsu berkata...

hidup tak indah selalu
semoga tabah teruskan hidopmu

alfatihah utk saudaramu itu

=)

15 Julai 2009 pada 8:25 PTG  
Blogger Potlandlord berkata...

d'sandalwood:Oh,kamu.Hi.Lama tidak ketemu disini ye.Saya mahukan pelangi,aci tak? XD

16 Julai 2009 pada 9:41 PG  
Blogger Sofia berkata...

:'(

urs 7 years.

mine 6 years of missing Abah.

alfatihah

13 Julai 2010 pada 4:48 PTG  
Blogger Tukang Tulis berkata...

uwaaa.. daku kesedihan membaca alphabet kamu!!

13 Julai 2010 pada 6:45 PTG  
Anonymous linda raz berkata...

aku pun tringin nk jmpe..
dlm mimpi pn xpe...
windu kt along sgt2..
semoga along tenang disana..
terime kasih sgt2 sbb sudi galas beban y berat..wlu ssh ttp kau tempuh..
terima kasih byk2 sis!
aku sentiase inginkn y trbaik utk kite sume..

13 Julai 2010 pada 10:16 PTG  

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama