12 Februari 2009

Selamatkan cinta anda!

Saya rasa terpanggil mahu tulis sesuatu disini tapi tidak tahu mana satu yg harus didulukan dan ini kali ke-5 saya menekan button delete.Sebenarnya,pada ketika ini saya sedang memicit dahi menahan sakit kelapa aka weng dr semalam lagi.Mata dah penat bila menghadap final mockup yg sudah bertukar design utk kali keberapa ntah.Susahnye hidup bila terlalu byk pilihan.

Kebetulan hari nie,sebelah saya boss kecik aka sapi mguzurkan diri.Mungkin dia mc kerana mabuk2 cinta buatan org.Mungkin ramai yg tidak tahu bahawa posisi desktop saya betul2 bersebelahan sapi.Sapi tue adalah panggilan manja dr saya kerana dia seringkali mengerah tenaga org lain.oh..saya tdk mahu mengulas lanjut mengenai sapi kali nie kerana entry ini bukan ditulis khas utk dia.Cuma saya berasa lega dengan ketidakhhadiran dia hari nie mberi saya peluang dan ruang utk membuat sedikit aktiviti bebas.Jauh perjalanan luas pemandangan...blogger-emoticon.blogspot.com

Saya masih lagi aktif dalam menerima kad jemputan walimatulurus dan undangan majlis pertunangan.Rasa tahun nie lagi kick dr tahun lalu dimana kuantiti kawan² berlumba² utk mendirikan tapak masjid ataupun yg baru saja menempah kawasan sedang hangat di pasaran.Dalam suasana begini,sudah tentu org tua memainkan peranan penting bagi memastikan semua2 majlis berjalan lancar.Lagipun,org tua mana yg tdk mahu melakukan terbaik utk anak2nya kan?org tua disini merujuk kepada ibubapa ye.

Restu datang bergolek2 bila pasangan yg bakal dikahwini itu mendapat persetujuan dr org tua tapi bagaimana kalau deme mungkar dengan pilihan itu?Sebagai anak,persediaan yg bagaimana harus dilakukan?ikut saja ka?bagi masa utk mereka mengenali pasangan?atau kahwin lari trus?atau sememangnya tiada talian hayat utk situasi begini..?blogger-emoticon.blogspot.com

Saya mempunyai beberapa kawan yg mengalami masalah ni dimana cinta mereka cinta terlarang.Memang saya kesian dan turut sebak bila mendengar kisah mereka..lagi2 bila usia perhubungan sudah menjangkau 2-3 tahun.syukurla bila mendengar masalah mereka setakat ni saya tdk mengalami nasib yg sama.Tuhan itu maha adil.Saya ade dugaan lain dr-Nya dan sememangnya kita berarahkan kiblat yg sama,tapi dugaan kita lain2 kan?

Pesanan penaja dr saya yg tdk bertauliah ni pertahankanla hubungan itu.Cubala memberi masa dan ruang pada org tua kamu utk mengenali pasangan anda.Apa yg penting...kerjasama!!Dua2 pihak kena bekerja keras dan menunjukkn sesuatu yg memberangsangkan.Kepada sang lelaki yg bergelar anak mak,sila la jgn cepat melatah sekiranya pilihan kamu tdk disukai oleh org tua terutamanya ibu kamu.Jangan hanya menjadi pak turut saje.Jangan mengalah sesenang itu.Lagipunpun,kamu kan lelaki?kekuatan lelaki terletak pada nama lelaki itu sendiri.Berusahala hingga lelah dan selebihnya biar Allah yg tentukan..Just dont act like u've no ball.blogger-emoticon.blogspot.com

Label: , ,

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama